Minggu, 03 Januari 2010

kegagalan...

Hidup Berani Untuk Gagal
Berani gagal atau dare to fail, selalu kita dengar. Berapa yang yang ambil positif maksud di sebalik ayat ini? Memang tiada siapa yang mahukan kegagalan, tapi tahukah anda, kegagalan itu adalah batu loncatan untuk kejayaan?

Ramai manusia hebat di dunia ini bermula dengan kegagalan. Apabila Alexander Graham Bell digelakkan kerana ingin mencipta alat yang boleh menghubungkan manusia di serata dunia tanpa mengira lokasi jauh atau dekat, adakah beliau terus berjaya dalam satu percubaan sahaja? Jawapannya tidak. Lihatlah dunia sekarang (baca: terutamanya golongan muda), kini handphone telah dianggap isteri kedua dan amat susah untuk berjauhan dengannya. Anda tahu ke bagaimana ia berfungsi? Saya x tau, dan saya rasa ramai lagi x tau kan? Yang penting kita sukakannya dan fungsinya amat penting dalam kehidupan seharian.


Pernah tengok tak pelan adik-beradik Wright tentang kapal terbang? Satu dunia mentertawakan mereka dek kerana idea mereka untuk mencipta sebuah mesin pengangkutan yang boleh membawa manusia terbang ke mana sahaja. Mereka berhenti ke? Tidak. Itu ialah platform untuk mereka berjaya. Kalau tiada kapal terbang hari ini, pastinya saya akan ke Istanbul minggu depan menaiki kayak, atau basikal, tapi rasanya xsempat sampai Istanbul saya dah nangis panggil mak datang kot.

When you lose, don’t lose the lesson -Billi Lim
Kenapa hidup berani untuk gagal? Tanpa kegagalan, boleh ke kejayaan tu datang? Semestinya tidak kecuali anda seorang genius (genius pun x kan berjaya dengan one-shot). Ini hanya diaplikasikan untuk mereka yang punyai kemahuan dan daya tahan yang tinggi. Ada orang yang gagal, mereka terus mengalah. Dan ada juga orang yang gagal tapi belajar dari kegagalan beliau. Anda semua bijak pandai, saya tahu. Antara dua jenis orang yang disebutkan tadi, yang mana satu kah yang akan mendatangkan kejayaan? Dan anda jenis yang mana?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar